Jadi pilihan jawaban yang tepat adalah B. Makna Tersirat. Sementara itu, makna tersiat disebut juga makna implisit. Makna tersirat adalah makna atau arti dalam kata/frasa/klausa/kalimat yang berada di baliknya. Untuk mengetahui makna tersirat, kita perlu membaca keseluruhan isi cerpen, baik kalimat utama maupun kalimat penjelasnya.
Slogan merupakan satu cara untuk mengungkapkan gambaran mengenai sesuatu produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Tujuan penciptaan slogan iklan ialah untuk memperkenalkan dan mengingatkan pengguna kepada sesuatu produk yang dihasilkan. Oleh itu, salah satu kaedah yang dilakukan oleh pengeluar ialah dengan cara memperkenalkan slogan iklan yang menarik dan mudah diingati oleh pengguna. Melalui penghasilan slogan iklan yang menarik dan mudah diingati diharapkan dapat mempopularkan lagi sesuatu jenama produk yang ditawarkan oleh pengeluar. Namun begitu, adakah slogan iklan yang dihasilkan menepati maksud yang ingin disampaikan oleh pengeluar? Selain itu, adakah slogan iklan yang dihasilkan memaparkan perlakuan sebenar produk tersebut? Justeru, kertas kerja ini akan mengenal pasti dan menganalisis slogan-slogan iklan yang terdapat di dalam majalah Mingguan Wanita Edisi Khas Syawal 2015 dan Harmoni Edisi Khas Ramadan dan Aidilfitri bagi tahun 2015. Analisis akan dilakukan dengan melihat maksud yang tersurat dan tersirat daripada aspek bahasa yang digunakan di dalam slogan iklan tersebut. Hasil penelitian menunjukkan majalah tersebut banyak memaparkan slogan-slogan iklan produk kosmetik dan kesihatan. Dari segi mesej pula, setiap slogan iklan mempunyai mesej atau maksud tersurat dan tersirat di sebalik slogan yang dihasilkan. Penghasilan slogan-slogan sebegini secara tidak langsung telah menjadi ingatan kepada pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan lagi penjualan produk-produk keluaran syarikat-syarikat. Discover the world's research25+ million members160+ million publication billion citationsJoin for free Proceeding of ICECRS, 1 2016 85-92 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia. Available online Article DOI 85 SLOGAN IKLAN DALAM MAJALAH YANG TERSURAT DAN TERSIRAT Maizatul Azura Binti Yahya maizatul Ainal Akmar Binti Haji Ahmad ainal Noor Aida Binti Mahmor nooraida Nasihah Binti Hashim Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia ABSTRAK Slogan merupakan satu cara untuk mengungkapkan gambaran mengenai sesuatu produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Tujuan penciptaan slogan iklan ialah untuk memperkenalkan dan mengingatkan pengguna kepada sesuatu produk yang dihasilkan. Oleh itu, salah satu kaedah yang dilakukan oleh pengeluar ialah dengan cara memperkenalkan slogan iklan yang menarik dan mudah diingati oleh pengguna. Melalui penghasilan slogan iklan yang menarik dan mudah diingati diharapkan dapat mempopularkan lagi sesuatu jenama produk yang ditawarkan oleh pengeluar. Namun begitu, adakah slogan iklan yang dihasilkan menepati maksud yang ingin disampaikan oleh pengeluar? Selain itu, adakah slogan iklan yang dihasilkan memaparkan perlakuan sebenar produk tersebut? Justeru, kertas kerja ini akan mengenal pasti dan menganalisis slogan-slogan iklan yang terdapat di dalam majalah Mingguan Wanita Edisi Khas Syawal 2015 dan Harmoni Edisi Khas Ramadan dan Aidilfitri bagi tahun 2015. Analisis akan dilakukan dengan melihat maksud yang tersurat dan tersirat daripada aspek bahasa yang digunakan di dalam slogan iklan tersebut. Hasil penelitian menunjukkan majalah tersebut banyak memaparkan slogan-slogan iklan produk kosmetik dan kesihatan. Dari segi mesej pula, setiap slogan iklan mempunyai mesej atau maksud tersurat dan tersirat di sebalik slogan yang dihasilkan. Penghasilan slogan-slogan sebegini secara tidak langsung telah menjadi ingatan kepada pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan lagi penjualan produk-produk keluaran syarikat-syarikat. KATA KUNCI Slogan iklan, majalah, produk, tersurat, tersirat. PENGENALAN Slogan memainkan peranan penting kepada sesebuah syarikat atau organisasi dalam usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Penciptaan slogan menjadi kemestian kepada syarikat atau organisasi bagi menarik perhatian khalayak untuk mengenali barangan yang dihasilkan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Slogan biasanya dihasilkan dalam bentuk ayat atau ungkapan yang dicipta oleh pihak syarikat atau organisasi untuk mewakili gambaran ideologi, objektif dan misi sesebuah institusi, persatuan atau parti politik dan sesuatu produk komersial Indirawati Zahid, 2010. Selain itu, slogan turut mempengaruhi hala tuju sesebuah syarikat atau organisasi. Ia akan menjadi cerminan atau pantulan identiti sesebuah syarikat atau organisasi supaya ia tampil lebih menyerlah lagi. Walaupun perkataan yang digunakan di dalam slogan hanyalah meliputi beberapa patah perkataan sahaja namun ia membawa mesej di sebalik kata-kata tersebut. Ini kerana slogan merupakan kata keramat yang mengandungi segala maklumat utama yang dipadatkan dalam bentuk ayat yang mudah atau ungkapan yang ringkas dan bereufoni mempunyai bunyi yang indah bagi tujuan menarik perhatian khalayak Indirawati Zahid, 2010. Bagi menghasilkan sesebuah slogan yang menarik, baik dan diingati pengguna, penciptaan MaizatulAzura, AinalAkmar, Noor Aida Mahmor and NasihahHashim/Proceeding of ICECRS, 1 2016 85-92 86 slogan ini perlulah dilakukan dengan kreatif dan bertepatan dengan maksud yang ingin diperoleh oleh pengeluar atau pengguna agar ia sesuai, sebati, dan serasi dengan matlamat sesuatu produk atau perkhidmatan yang ingin diberikan. Dalam hal ini Norazlita Mohd. Sies 2010 menyatakan terdapat beberapa pertimbangan yang perlu difikirkan semasa menghasilkan sesebuah slogan. Empat fungsi tersebut ialah 1. Fungsi Kesatuan yang mampu melangkaui batas-batas etnik, iaitu mesti dapat difahami oleh semua pembaca atau khalayak dalam konteks nasional secara menyeluruh. 2. Fungsi penanda keperibadian yang menonjolkan identiti bangsa yang merangkumi kesatuan etnik-etnik yang ada di Malaysia. 3. Fungsi untuk mengetengahkan kewibawaan dalam komunikasi dan pendidikan dengan dasar diamalkan di negara ini. 4. Fungsi sebagai kerangka dan acuan tentang tepat atau tidaknya penggunaan bahasa Melayu dalam persuratan, media, pengiklanan, perundangan sektor-sektor kewangan serta sains dan teknologi. Berdasarkan fungsi ini, penulisan sesebuah slogan yang ditampilkan oleh pengeluar perlulah menjadi medium komunikasi diantara pengeluar dan pengguna. Secara tidak langsung ia mengandungi pengertian sebagai suatu sistem yang bersifat sistematik dan menyeluruh. Apabila keempat-empat fungsi ini diaplikasikan oleh pengeluar dalam mencipta slogan maka terhasillah slogan yang ringkas, padat, senang diingati dan mampu mengungkapkan objektif dan matlamat penghasilan produk tersebut. Penggunaan slogan yang menarik bukan sahaja mampu menarik perhatian khalayak terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang diwakili oleh slogan tersebut tetapi juga merupakan salah satu kaedah pemasaran yang dilakukan oleh pengeluar. BAHASA SLOGAN IKLAN Iklan yang disiarkan di dalam majalah merupakan salah satu cara pengeluar untuk menarik minat pengguna agar tertarik pada produk yang diiklankan. Ditambah pula, penggunaan slogan pada produk tersebut telah membantu meningkatkan minat pengguna menggunakan produk yang dihasilkan. Ia juga merupakan saluran komunikasi daripada pengeluar kepada pengguna. Pengeluar akan menyalurkan mesej kepada pengguna melalui bahasa yang digunakan. Selain bahasa, gambar, warna yang dipaparkan pada produk juga merupakan satu cara komunikasi pengeluar kepada pengguna. Bahasa yang digunakan di dalam slogan iklan perlu diberi perhatian agar ia dapat mencapai matlamat yang diinginkan oleh pengeluar. Bahasa slogan iklan memainkan peranan penting dalam membantu keberkesanan matlamat syarikat dan seterusnya dapat mengubah persepsi pengguna terhadap barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu dapat dikatakan bahawa pemilihan kata dalam slogan menjadi satu perkara yang penting supaya slogan yang dihasilkan menjadi sebutan dan ingatan kepada khalayak. Walaupun tujuan utama penghasilan sesebuah slogan ialah untuk menarik perhatian khalayak tentang produk yang dihasilkan, namun aspek bahasa Melayu yang berkualiti tinggi dari segi isi dan bentuknya tidak boleh dipinggirkan. Seharusnya pengeluar mematuhi ciri-ciri bahasa Melayu dalam iklan seperti menggunakan bahasa Melayu baku yang betul tatabahasa dan ejaannya, tulisan bahasa Melayu yang betul menurut tulisan Rumi atau khat Jawi yang diperakukan, istilah atau ungkapan yang tepat bagi semua aktiviti, penggunaan bahasa Melayu yang indah, canggih dan kreatif dan juga bahasa Melayu diutamakan dari segi pemameran, Ismail Dahaman, 1997. Melalui penggunaan bahasa yang ekspresif di dalam slogan, ia dapat menarik perhatian pengguna untuk mengenali sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberikan. Pemilihan kata dalam slogan juga secara tidak langsung dapat mengubah perhatian pengguna untuk beralih daripada satu jenama ke jenama yang lain. Justeru, pemilihan kata dalam sesebuah slogan perlu diambil kira kerana ia bukanlah hanya retorik perniagaan semata-mata tetapi membawa mesej yang mendalam kepada khalayak. MaizatulAzura, AinalAkmar, Noor Aida Mahmor and NasihahHashim/Proceeding of ICECRS, 1 2016 85-92 87 Disebabkan kepentingan penggunaan bahasa dalam slogan iklan maka kertas kerja ini akan meneliti dan mengupas mesej serta maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik slogan iklan yang dihasilkan. Kajian berkaitan slogan ini dibataskan hanya pada slogan iklan yang terdapat di dalam Majalah Mingguan Wanita Edisi Khas Syawal 2015 Jun-Julai 2015 dan Majalah Harmoni Edisi Khas Ramadan dan Aidilfitri 2015 1 – 31 Julai 2015. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenal pasti slogan-slogan iklan yang terdapat dalam majalah 2. Menganalisis mesej tersurat dan tersirat di sebalik slogan yang dipaparkan ULASAN KESUSASTERAAN Kajian berkaitan slogan telah dilakukan oleh Indirawati Zahid dan Fatmawati Sidik 2012. Kajian ini menganalisis komponen makna kata kerja dalam slogan produk kecantikan muka di dalam majalah Mingguan Wanita bermula dari awal Januari hingga hujung Disember 2006. Sebanyak 45 slogan produk kecantikan muka telah dikenal pasti dan daripada jumlah slogan tersebut didapati terdapat 66 kata kerja yanga akan dianalisis dengan mengaplikasikan Teori Analisis Komponen Makna yang diutarakan oleh Nida, 1975. Kata kerja tersebut akan diberikan fitur makna binari [+] dan [-] bagi melihat persamaan dan perbezaan antara kata kerja tersebut. Pemberian fitur [+] dan [-] ini memperlihatkan ketepatan makna kata kerja tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan hanya lima kata kerja yang bersifat spesifik dan 61 kata kerja bersifat umum telah digunakan dalam slogan kecantikan muka yang terdapat dalam majalah tersebut. Kajian berkaitan makna slogan dalam iklan rokok di televisyen turut dilakukan oleh Isthifa Kemal 2013. Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan iaitu mengenal pasti slogan iklan rokok di televisyen yang mempunyai makna konstektual. Seterusnya kajian ini akan menjelaskan makna di dalam slogan tersebut dan melihat pengaruh iklan tersebut terhadap masyarakat. Kajian ini dianalisis menggunakan pendekatan semantik yang diutarakan oleh Firth. Hasil penelitian mendapati kesemua 20 slogan iklan yang dikaji mempunyai makna konstektual. Kedua, makna konstektual yang terdapat pada iklan tersebut pada dasarnya sama iaitu memperkenalkan produk dan seterusnya bertujuan untuk mempengaruhi pengguna untuk menggunakannya. Ketiga, penyiaran iklan rokok di televisyen tidak meninggalkan kesan kepada perokok untuk berhenti menghisap rokok. Ini menunjukkan bahawa walaupun apapun produk yang diiklan, slogan yang digunakan turut bertujuan mempengaruhi pengguan untuk membeli dan menggunakan produk tersebut. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini akan dianalisis berdasarkan pendekatan pragmatik yang diutarakan oleh Yule 1996. Yule 1996 telah membahagikan pragmatik kepada empat bahagian iaitu pertamanya ialah kajian tentang makna penutur, yakni merujuk kepada kajian makna yang dikomunikasikan oleh penutur atau penulis dan diinterprestasikan oleh pendengar atau pembaca. Kedua ialah kajian makna berdasarkan konteks, ketiga, kajian untuk memperoleh makna secara tersirat daripada makna tersurat dan keempat kajian hubungan keakraban dan jarak antara penutur dengan pendengar dengan berdasarkan konteks. Sementara Crystal 1971 pula menyatakan pragmatik ialah kajian tentang bahasa dari sudut penggunaannya, terutama cara penutur memilih ujaran, halangan yang perlu difikirkan oleh penutur ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial kesan penggunaan bahasa tersebut terhadap pendengar. Dalam kajian pragmatik, tafsiran maksud sesuatu bahasa dilakukan dengan merujuk kepada konteks penggunaannya. Justeru, kajian yang dilakukan untuk melihat mesej tersurat dan tersirat slogan iklan dalam majalah ini amat bersesuaian dengan pendekatan pragmatik yang diutarakan oleh Yule dan Crystal. MaizatulAzura, AinalAkmar, Noor Aida Mahmor and NasihahHashim/Proceeding of ICECRS, 1 2016 85-92 88 YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DI SEBALIK SLOGAN Slogan dalam Majalah Mingguan Wanita Edisi Khas Syawal 2015 Jun-Julai 2015 Sensasi Dirimu Mempersona Jamu Seri Dewi Malam Pengguna akan kelihatan mempersona Ada aura tersembunyi yang membuatkan pengguna kelihatan mempersona Terbukti Berkesan, Rasai Kehebatannya Almas Produk yang terbukti berkesan dan hebat Disamping berkesan produk ini mempunyai kehebatan tersendiri Putih dan Gebu.. Gitew Roses White Skincare Kulit Pengguna akan menjadi putih dan gebu Produk ini memberikan kesan putih dan gebu kepada pengguna apabila menggunakannya. Rahsia Di Sebalik Keyakinan Anda Glow Pengguna akan menjadi yakin apabila menggunakan produk ini Disebalik keyakinan oleh pengguna itu ada rahsia yg tersebunyi iaitu pengguna menggunakan produk tersebut Rahsia Kejelitaan Asli Dnars Pengguna kelihatan jelita secara asli Rahsia yang diterjemahkan oleh pengeluar dalam produk mereka menyebabkan pengguna akan kelihatan cantik dan jelita secara asli. Hebat Dalaman Cantik Luaran Ladies Collagen, Vasia Pengguna akan kelihatan cantik secara fizikal dan sihat dalaman Sihat dari segi dalaman dan juga cantik rupa paras Kejelitaan Yang Tiada Tandingannya Jamu Jelita Pengguna akan kelihatan cantik dan jelita Kejelitaan seseorang yang tiada tandingan apabila menggunakan produk ini. Cantik Luar Cantik Dalam Jus Nona Manis, Vcare Pengguna akan kelihatan cantik sama ada dari segi dalaman atau luaran Pengguna bukan sahaja kelihatan cantik dari rupa paras namun kesihatan dalaman juga terjaga Cahaya Keanggunan Sejati Nour Ain Pengguna akan kelihatan anggun dan jelita Pengguna akan berseri-seri seperti bercahaya kesan daripada penggunaan produk Jelita Sepanjang Usia D’Qistee Beauty Pengguna akan kelihatan cantik dan jelita di sepanjang usia Walaupun sudah berusia pengguna akan kelihatan jelita Tiada Yang Mustahil Yasmin Beauty Semua boleh apabila menggunakan produk ini MaizatulAzura, AinalAkmar, Noor Aida Mahmor and NasihahHashim/Proceeding of ICECRS, 1 2016 85-92 89 Slogan dalam Majalah Harmoni Edisi Khas Ramadan dan Aidilfitri 2015 1 – 31 Julai 2015 Cantik Luaran, Sihat Dalaman Atika Beauty Kecantikan bermula dari dalam Kecantikan seseorang wanita terserlah apabila dalaman dirinya sihat Terbukti Berkesan, Rasai Kehebatannya Almas Produk ini berkesan dan hebat Kebaikan produk ini akan diperoleh oleh pengguna setelah menggunakannya. Memelihara Anugerah Ilahi As Beauty Anugerah Ilahi seperti kecantikan perlu dijaga Produk ini memenuhi syariat dengan menggunakan bahan yang dibenarkan Rahsia Kejelitaan Asli Dnars Ada rahsia disebalik kejelitaan asli Kuasa Berganda dengan Thalia Extra White Thalia Extra White Produk Thalia Extra White mempunyai kelebihan berganda Kuasa yang lebih daripada produk lain Kelebihan produk keluaran syarikat ini menyebabkan ia sangat laris Tiada Yang Mustahil Yasmin Beauty Tiada yang mustahil untuk seseorang wanita menjadi cantik Jika ingin kelihatan cantik, perlu menggunakan produk Yasmin Beauty. Jimat, Cepat, Senang, Berkesan – Kopi Super Hebat Jalinan Qaseh Jimat, Cepat, Senang, Berkesan Penggunaan kopi ini sgt mudah, disamping jimat dan memberi kesan yang baik Wajah Cerah dan Berseri Glow Glowing Beauty Skin Dara Anggun Wajah kelihatan cerah dan berseri Kesan penggunaan produk ini wajah akan tampil lebih cerah berseri Analisis Slogan dalam Majalah Mingguan Wanita Edisi Khas Syawal 2015 Jun-Julai 2015 Berdasarkan dapatan berikut dapat dilihat terdapat pelbagai produk kecantikan yang disiarkan di dalam majalah Mingguan Wanita Edisi Khas Syawal 2015 Jun-Julai 2015. Slogan yang pertama ialah Sensasi Dirimu Mempersona daripada produk Jamu Seri Dewi Malam. Daripada slogan ini dapat dilihat maksud tersurat yang ingin dinyatakan kepada pengguna iaitu pengguna akan kelihatan mempersona apabila menggunakan produk MaizatulAzura, AinalAkmar, Noor Aida Mahmor and NasihahHashim/Proceeding of ICECRS, 1 2016 85-92 90 ini. Mesej tersirat yang ingin dijelaskan pula ialah ada aura tersembunyi yang membuatkan pengguna kelihatan mempersona apabila menggunakan produk ini. Slogan yang kedua ialah Terbukti Berkesan, Rasai Kehebatannya daripada produk Almas. Berdasarkan slogan ini maksud tersurat yang ingin disampaikan ialah produk ini terbukti berkesan dan hebat apabila menggunakannya. Maksud tersirat yang cuba di sampaikan melalui slogan ini ialah pengguna tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakan produk ini kerana dijamin berkesan melalui testimoni pengguna produk ini. Keberkesanan daripada penggunaan produk ini menyebabkan pengguna dapat merasai kehebatannya apabila menggunakan produk tersebut. Putih dan Gebu.. Gitew merupakan slogan daripada produk Roses White Skincare. Pemilihan slogan ini dianggap bersesuaian dengan matlamat penghasilan produk ini iaitu pengguna akan kelihatan putih dan gebu. Gambaran tersurat melalui slogan ini ialah kulit pengguna akan kelihatan putih dan gebu kesan daripada penggunaan produk ini. Mesej tersirat yang ingin disampaikan melalui slogan ini ialah kulit muka bukan sahaja menjadi putih tetapi juga gebu apabila menggunakan produk Roses White Skincare. Produk Glow tampil dengan slogan yang berbunyi Rahsia Di Sebalik Keyakinan Anda. Melalui slogan ini pengeluar ingin menyampaikan mesej tersurat iaitu ada rahsia di sebalik keyakinan pengguna. Jika diteliti daripada mesej tersurat ini dapat dilihat ada mesej tersirat di sebaliknya iaitu disebalik keyakinan pengguna itu ada rahsianya iaitu rahsia pengguna yang menggunakan produk Glow ini menyebakan mereka kelihatan yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Slogan yang seterusnya ialah Rahsia Kejelitaan Asli daripada Dnars. Slogan ini menggambarkan pengguna akan kelihatan jelita secara asli atau semula jadi. Mesej tersirat pula ialah ada rahsia yang digunakan oleh pengeluar dalam produk mereka menyebabkan pengguna akan kelihatan cantik dan jelita secara asli atau semula jadi kesan daripada penggunaan produk ini. Kemungkinan pengeluar mengadunkan bahan-bahan tertentu tanpa menggunakan bahan kimia kerana ia mengamalkan penggunaan bahan secara semula jadi. Ini berdasarkan slogan tersebut yang menyatakan Rahsia Kejelitaan Asli. Produk Ladies Collagen daripada Vasia menggunakan slogan Hebat Dalaman Cantik Luaran. Slogan ini bersesuaian dengan produk tersebut yang merupakan produk untuk wanita. Justeru penggunaan slogan Hebat Dalaman Cantik Luaran memang dapat menyampaikan mesej tersuratnya iaitu pengguna bukan sahaja kelihatan cantik daripada segi luaran tetapi juga hebat daripada segi dalaman. Mesej tersirat pula ialah pengguna akan sihat kesan penggunaan produk Ladies Collagen. Apabila tubuh badan sihat secara tidak langsung ia akan mencantikkan penampilan pengguna. Bukan sahaja pengguna cantik dari segi luaran iaitu rupa paras malahan dari segi kesihatan dalaman juga akan terpelihara. Kejelitaan Yang Tiada Tandingannya merupakan slogan daripada produk Jamu Jelita. Mesej tersurat yang ingin disampaikan oleh pengeluar ialah pengguna akan kelihatan cantik dan jelita. Sementara mesej tersuratnya pula ialah kejelitaan seseorang yang tiada tandingan apabila menggunakan produk ini. Kelebihan produk ini ialah kejelitaan pengguna lebih terserlah lagi apabila menggunakan produk ini. Cantik Luar Cantik Dalam pula merupakan slogan Jus Nona Manis, Vcare. Melalui slogan ini pengeluar ingin menyatakan mesej tersuratnya iaitu pengguna akan kelihatan cantik sama ada dari segi dalaman atau luaran. Mesej tersiratnya pula ialah pengguna bukan sahaja kelihatan cantik dari rupa paras namun kesihatan dalaman juga terjaga. Slogan ini lebih kurang sama dengan slogan daripada Produk Ladies Collagen daripada Vasia iaitu Hebat Dalaman Cantik Luaran. Produk Nour Ain menggunakan slogan Cahaya Keanggunan Sejati bagi tujuan memperkenal dan menarik pelanggan untuk membeli produk ini. Maksud tersurat yang dapat dilihat melalui slogan ini ialah pengguna akan kelihatan anggun dan jelita. Sementara maksud tersiratnya pula ialah pengguna akan kelihatan berseri-seri seperti bercahaya kesan daripada penggunaan produk ini. Yang terserlah kesan penggunaan produk ini akan menjadikan pengguna kelihatan anggun. D’Qistee Beauty tampil dengan slogan Jelita Sepanjang Usia. Berdasarkan penggunaan slogan ini, dapat dilihat mesej tersurat yang ingin dinyatakan oleh pengeluar ialah pengguna akan kelihatan cantik dan jelita di MaizatulAzura, AinalAkmar, Noor Aida Mahmor and NasihahHashim/Proceeding of ICECRS, 1 2016 85-92 91 sepanjang usia. Sementara mesej tersiratnya pula ialah walaupun sudah berusia pengguna akan kelihatan jelita kesan daripada penggunaan produk ini. Tiada Yang Mustahil ialah slogan yang digunakan oleh Yasmin Beauty. Berdasarkan slogan ini dapat dilihat mesej tersurat yang ingin disampaikan oleh pengguna iaitu tiada yang tidak boleh dan mesej tersiratnya pula ialah apabila pengguna menggunakan produk ini tiada yang mustahil. Analisis Slogan dalam Majalah Harmoni Edisi Khas Ramadan dan Aidilfitri 2015 1 – 31 Julai 2015 Slogan Cantik Luaran, Sihat Dalaman Atika Beauty, Terbukti Berkesan, Rasai Kehebatannya Almas, Tiada Yang Mustahil Yasmin Beauty, dan Rahsia Kejelitaan Asli Dnars merupakan slogan iklan yang turut ada di dalam Majalah Mingguan Wanita Edisi Khas Syawal 2015 keluaran Jun-Julai 2015. Memelihara Anugerah Ilahi merupakan slogan produk keluaran As Beauty. Produk kecantikan ini menonjolkan slogan ini dengan harapan pengguna menggunakan produk ini tanpa rasa ragu-ragu kerana produk ini memenuhi syariat dengan menggunakan bahan yang dibenarkan. Mesej tersurat pula ialah anugerah Ilahi seperti kecantikan perlu dijaga. Kuasa Berganda dengan Thalia Extra White ialah slogan yang digunakan oleh Thalia Extra White. Mesej tersurat Produk Thalia Extra White mempunyai kelebihan berganda. Disebalik mesej tersurat tersebut mesej tersirat yang ingin dinyatakan ialah produk ini mempunyai kelebihan yang lebih banyak iaitu berganda daripada produk lain. Penggunaan kata kuasa berganda menunjukkan bahawa produk ini lebih hebat daripada produk lain. D’HERBS menampilkan slogan yang berbunyi Terlajak Laris. Walaupun hanya menggunakan dua perkataan sahaja namun mesej tersurat yang dipaparkan memang jelas iaitu sangat laris. Mesej tersirat pula ialah produk keluaran syarikat ini mempunyai kelebihan berbanding produk-produk keluaran lain yang menyebabkan ia menjadi sangat laris. Jimat, Cepat, Senang, Berkesan merupakan slogan yang digunakan oleh syarikat Jalinan Kasih untuk produk Kopi Super Hebat. Mesej tersuratnya ialah jimat, cepat, senang dan berkesan sementara mesej tersirat pula ialah penggunaan kopi ini sgt mudah, disamping jimat dan memberi kesan yang baik. Penggunaan slogan ini dapat menarik pengguna kerana dalam kesibukan masa, pengguna dapat menggunakan produk ini kerana ia mudah, cepat, jimat dan memberi kesan yang baik pada kesihatan. Wajah kelihatan cerah dan berseri merupakan mesej tersurat daripada produk Glow Glowing Beauty Skin Dara Anggun yang menggunakan slogan Wajah Cerah dan Berseri. Daripada mesej tersurat ini dapat dilihat ada mesej tersirat yang ingin dinyatakan oleh pengeluar iaitu kesan penggunaan produk ini wajah akan tampil lebih cerah dan berseri. KESIMPULAN Kajian ini mendapati bahawa penggunaan slogan untuk sebuah syarikat atau organisasi memang boleh memberi kesan yang mendalam kepada pengguna. Melalui penggunaan perkataan dalam slogan yang dapat memberi gambaran positif kepada pengguna, ia secara tidak langsung telah memberi sumbangan kepada syarikat atau organisasi dalam usaha memperkenalkan barangan atau produk keluaran syarikat tersebut. Dengan imej positif yang tercipta melalui slogan yang dipaparkan telah memberi sumbangan kepada industri itu sendiri dalam memberikan impak positif mengenai produk yang dihasilkan. Kajian ini juga mendapati terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi pengguna membeli produk kosmetik selain penggunaan slogan iaitu testimoni daripada pengguna serta imej atau model yang ditonjolkan melalui produk tersebut. Penggunaan pendekatan pragmatik yang diutarakan oleh Yule 1996 dan Crystal 1971 telah dapat mengintepretasikan makna tersurat dan tersirat melalui slogan iklan yang digunakan oleh syarikat-syarikat pengeluar kosmetik ini. Dalam hal ini, pendekatan pragmatik ini memberikan makna mesej yang tersirat di MaizatulAzura, AinalAkmar, Noor Aida Mahmor and NasihahHashim/Proceeding of ICECRS, 1 2016 85-92 92 sebalik yang tersurat. Oleh itu, hasil kajian ini menyokong penggunaan pendekatan pragmatik iaitu melihat tafsiran maksud sesuatu perkataan yang dilakukan dengan merujuk kepada konteks penggunaannya. Ini kerana, setiap perkataan yang dipilih dalam slogan mengandungi mesej tersurat dan tersirat yang bersesuaian dengan tujuan penciptaan slogan. Kajian ini juga mendapati bahawa setiap slogan yang ditampilkan oleh pengeluar memenuhi ciri-ciri penghasilan sesebuah slogan. Nimoiz T. Z 2010 menyatakan bahawa slogan yang dipilih harus menepati ciri-ciri penghasilan slogan iaitu ringkas, padat, tepat, senang diingati serta kreatif. Menurut beliau lagi slogan yang baik bukan sahaja mampu memberi kesan kepada perasaan namun sentiasa dekat di hati masyarakat. Ini terbukti dengan slogan Terlajak laris yang digunakan oleh D’HERBS yang sentiasa menjadi siulan dan sebutan masyarakat tidak kira peringkat umur. Oleh itu, penghasilan sesebuah slogan tidak boleh dipandang mudah kerana melalui slogan yang ditampilkan oleh pengeluar dapat memujuk khalayak untuk berubah fikiran membeli barangan yang ditawarkan. Berdasarkan data dan analisis yang dilakukan, didapati semua slogan yang terdapat pada produk-produk kosmetik dalam kedua-dua majalah ini mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. Ini menunjukkan bahawa penggunaan slogan pada setiap produk telah berjaya mengkomunikasikan pengguna melalui slogan yang ditampilkan. RUJUKAN Cristal, D. 1971. Linguistics. Harmondworth Penguin Book. Indirawati Zahid. November 2010. Slogan Paparan mesej tersurat dan tersirat. Dewan Bahasa, 10 11, 6-9. Ismail Dahaman. 1997. Nama Khas dan Iklan. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Nimoiz T. Z. 2010. November 2010. Retorik dan polemik bahasa. Dewan Bahasa, 10 11, 10-13. Norazlita Mohd. Sies. 2010. Slogan sebagai isu sosiolinguitik. Dewan Bahasa, 10 11, 20-23. Yule, G. 1996. Pragmatics. Oxford Oxford University Press. ... angan yang diiklankan. Persoalan yang timbul, adakah slogan yang dicipta mengambil kira soal kesantunan bahasa. Hal ini kerana walaupun tujuan utama penghasilan sesebuah slogan ialah untuk menarik perhatian khalayak tentang produk yang dihasilkan, namun aspek bahasa Melayu yang berkualiti tinggi dari segi isi dan bentuknya tidak boleh dipinggirkan Maizatul Azura et. al., 2016. Menyedari keadaan ini, satu kajian dilakukan untuk mengkaji elemen-elemen kesantunan bahasa dalam slogan iklan syarikat produk kesihatan di Malaysia sebagai strategi pemasaran di platform media sosial. ...ABSTRAK Salah satu matlamat pengiklanan adalah untuk memperkenal dan mengekalkan ingatan pengguna tentang sesuatu jenama yang berada di pasaran. Penciptaan slogan yang menarik minat akan memudahkankan pengguna kenal dan ingat pada sesuatu produk. Oleh itu, pihak syarikat telah mencipta pelbagai slogan yang menarik tanpa mengambil kira soal kesantunan bahasa yang digunakan sebagai strategi pemasaran. Justeru itu, kajian ini akan membincangkan elemen – elemen kesantunan bahasa dalam slogan iklan syarikat produk kesihatan di Malaysia sebagai strategi pemasaran di platform media sosial. Sebanyak lima iklan produk kesihatan di media sosial telah dipilih dan dibuat analisis. Persoalan kajian ini adalah i Apakah kata dan ujaran yang terdapat pada slogan dalam iklan syarikat produk kesihatan? ii Bagaimanakah kata dan ujaran yang digunakan dalam slogan iklan syarikat produk kesihatan boleh menjadi daya penarik dalam mempengaruhi pelanggan sasaran untuk membeli produk yang ditawarkan? Teori Kesantunan berdasarkan pendekatan Asmah Haji Omar 2000 akan diaplikasikan dalam kajian ini. Dapatan kaijan ini akan membantu pengkaji meneroka fenomena penggunaan bahasa dalam penciptaan slogan iklan produk kesihatan seperti dapat mengancam air muka sasaran pelanggan, pihak syarikat sengaja mencipta slogan seperti menakut-nakutkan, mengugut secara langsung atau tidak langsung, menghina, mengambil kesempatan dan memperkecilkan perasaan serta menyindir pelanggan produk kesihatan. Katakunci kesantunan; slogan, iklan, strategi pemasaran digital, media sosial. ABSTRACT One of the purposes in advertising is to introduce and sustain consumers’ memory on a brand that available in the market. The creation of slogans that attract interest will make consumers easier to be familiar with and remember a product. Therefore, companies have created varied attractive slogans without considering the proper usage of language as a marketing strategy. Hence, the finding discusses the elements of language politeness in advertising slogans of health products companies in Malaysia as a marketing strategy in the social media platform. A total of five of health product advertisings in the social media has been chosen and analyses made. The research questions are; i what are words and utterances used in advertising slogans of health products companies? ii How are the words and utterances used in advertising slogans of health products companies can be of great influence in enticing target groups to purchase products being offered? The Politeness Theory according to the approach by Asmah Hj Omar 2000 has been applied in this research. The finding outcomes will help researchers explore the use of language phenomenon in advertising slogans of health products companies such as to threaten facial expression of target consumers, the companies purposely created slogans that are frightening, directly or indirectly threatening, insulting, taking advantages and belittling feelings as well as mocking health product consumers. Keywords Politeness, slogan, advertising, digital marketing strategy, social Mohamed Mohamed SultanKamarull Fahhmi NorazharLinguistic politeness can be translated through the choice of a good word and the way it is spoken in a particular situation based on its purpose, such as greeting, asking, directing, or influencing. This study analyses language politeness on social media sites among upper secondary school students using Leech's 1983 Politeness Principle. The research instruments were derived from social media sites, such as Whatsapp and Facebook. The study also used qualitative methods, namely observation and questionnaires, to obtain data. During the field study, interviews and the distribution of questionnaires to respondents online were conducted to obtain the primary data. The study involved 60 male and female upper secondary school students from SMK Senawang and SMK Seri Pagi, located in Seremban, Negeri Sembilan, as respondents. The findings showed that in social media conversations, upper secondary school students most often showed a maximum use of politeness at a maximum use of agreement at and a maximum use of humility at The strategic use of linguistic politeness in face-to-face and online conversations is based on the six maxims maxim of politeness, maxim of kindness, maxim of support, maxim of agreement, maxim of humility and maxim of sympathy found in Leech's Politeness Principle 1983. This Principle is found to help identify language politeness strategies in speakers who are upper secondary school Paparan mesej tersurat dan tersiratIndirawati ZahidIndirawati Zahid. November 2010. Slogan Paparan mesej tersurat dan tersirat. Dewan Bahasa, 10 11, Harmondworth Penguin BookD CristalRetorik dan polemik bahasaT Z NimoizNimoiz T. Z. 2010. November 2010. Retorik dan polemik bahasa. Dewan Bahasa, 10 11, sebagai isu sosiolinguitikNorazlita Mohd. Sies. 2010. Slogan sebagai isu sosiolinguitik. Dewan Bahasa, 10 11, 20-23.
Padakesempatan kali ini membuat artikel yang berjudul Slogan Adalah : Pengertian, 5 Contoh Gambar, Ciri, Macam (LENGKAP), yuk kita bahas sama-sama dibawah ini : Pengertian Slogan Slogan []Menyajikan informasi terkini, terbaru dan terupdate mulai dari politik, bisnis, selebriti, lifestyle dan masih banyak dari Berita Hari Ini tidak mewakili pandangan dari redaksi kumparanIlustrasi Slogan Foto UnsplashSlogan merupakan teks persuasif yang kerap ditemui dalam kehidupan sehari-hari. Kalimat ini dapat digunakan untuk berbagai keperluan, mulai dari komersial, politik, agama, pendidikan, lingkungan, dan terdiri dari kata-kata yang bertujuan untuk menarik perhatian pembaca. Tulisan ini juga memuat informasi yang dapat mempengaruhi orang lain untuk melakukan SloganMengutip buku Super Complete SMP/MTs 7,8,9 tulisan Tim Guru Inspiratif 2019561, slogan adalah rangkaian kalimat pendek yang menarik dan mudah diingat, yang berupaya memberikan informasi kepada juga mengandung pengertian frasa yang digunakan pada konteks politik, komersial, agama, dan lainnya, sebagai bentuk ekspresi ide atau tujuan yang mudah diingat dasarnya, isi slogan menggambar visi, tujuan, serta harapan dari sebuah kegiatan, organisasi, atau perusahaan. Tulisan tersebut berfungsi untuk mendidik dan memotivasi SloganSlogan memiliki ciri-ciri tertentu yang membedakannya dengan bentuk tulisan lain. Beberapa cirinya, yaituBerupa frasa, klausa, kalimat, atau perkataan singkat, menarik, dan mudah semboyan organisasi atau bersifat persuasif atau bujukan yang dapat meyakinkan Slogan Foto UnsplashContoh SloganAgar lebih memahami bentuk penulisan slogan, simak contoh slogan yang dikutip dari buku Top sukses Pendalaman Materi SMP/MTs Kelas VIII karya Tim Smart Nusantara 201651Empat sehat lima katakan tidak untuk adalah bagian dari dibakar banjir pohon tiada itu penting, tapi kesehatan jauh lebih 3M menguras, menutup, Itu Slogan?Tujuan SloganCiri-ciri Slogan
PengertianInformasi Tersurat dan Tersirat. Secara umum yang dimaksud dengan pengertian Informasi tersurat adalah memahami makna yang terdapat di dalam teks berita. Sedangkan arti dari Informasi tersirat adalah memahami gagasan yang disampaikan secara tidak langsung.. Baik itu informasi tersurat dan tersirat biasa terdapat dalam teks bacaan atau biasa juga dalam bentuk lainnya.
Ilustrasi Dalam Teks, Makna Tersirat adalah, Foto Pexels PixabayBahasa Indonesia adalah bahasa resmi dari negara kita. Oleh sebab itu, kita harus mempelajarinya dengan baik. Bahasa Indonesia sendiri tidak hanya terdiri dari bahasa lisan, namun juga tulisan. Tulisan bahasa Indonesia membantu orang untuk berkomunikasi secara tidak langsung kepada orang lain. Salah satu bentuk tulisan adalah teks. Teks biasanya terdiri dari kata-kata yang membentuk kalimat dan memiliki makna tersendiri. Makna yang ada di dalam teks bisa berupa tersirat maupun tersurat. Makna tersirat adalah makna yang tersembunyi. Lalu bagaimana dengan makna tersurat? Simak penjelasan di bawah ini beserta dalam TeksTeks merupakan wacana dalam bahasa tertentu yang berbentuk tulisan. Dalam teks, penulis berusaha menyampaikan ide atau gagasannya agar dibaca dan dipahami oleh orang lain. Oleh sebab itu, teks memiliki ilmu bahasa sendiri, terdapat dua makna yang bisa dikandung oleh suatu teks. Kedua makna tersebut adalah makna tersirat dan makna tersurat. Perhatikan penjelasannya di bawah ini agar Anda bisa lebih Dalam Teks, Makna Tersirat adalah, Foto Pexels Element DigitalMakna Tersirat dalam TeksSeperti yang sudah dijelaskan di paragraf pertama, makna tersirat adalah makna yang tersembunyi dari sebuah teks. Itu artinya, penulis tidak menuliskan secara gamblang mengenai apa yang ingin disampaikan. Oleh sebab itu, pembaca perlu mengetahui dan memahami konteks dari suatu dari makna tersirat bisa kita lihat dari penggalan teks di bawah iniSetelah melihat bayangan putih tersebut, Udin pun berlari menuju kamarnya. Wajahnya pucat pasi dan keringat dingin bercucuran dari dahinya. Udin pun membatin, “Siapa itu? Bukankah aku sendirian di rumah?”Dari penggalan teks di atas dapat disimpulkan bahwa Udin ketakutan setelah melihat sesuatu di rumahnya yang bukan anggota Tersurat dalam TeksMengutip buku Bank Soal SMP Vol 1 oleh Tim Presiden Eduka 2020317, makna tesurat adalah hal yang dapat kita temukan secara langsung dalam teks cerita. Maka dari itu, kita bisa langsung memahaminya karena penulis menyampaikannya secara dari makna tersurat bisa kita lihat dari penggalan teks di bawah iniHidupku berubah menjadi lebih menyenangkan semenjak mendapatkan sahabat pena baru karena aku bisa bercerita apa saja makna tersurat dari penggalan teks di atas sesuai dengan apa yang pengertian makna tersurat dan tersirat dalam teks. Selain contoh di atas, suatu teks juga bisa mengandung kedua makna tersebut sekaligus. LOV
Bukuadalah jendela ilmu pengetahuan. Dalam slogan summun ius summa injuria (hukum yang mutlak adalah ketidakadilan terbesar). Jelaskan Makna Slogan Slogan Berikut Ditunjukkan Kepada Siapakah Slogan Slogan Tersebut Brainly Co Id from dan pelajaran kepada yang berperkara dan masyarakat,. Teks persuatif yang berisi
Slogan berbentuk kata atau kalimat pendek yang menarik dan mudah diingat untuk memberitahukan sesuatu sebagai ekspresi sebuah ide atau tujuan. Slogan bertujuan untuk menyampaikan informasi dan memengaruhi pandangan serta pendapat orang terhadap informasi tersebut. Slogan di atas termasuk ke dalam slogan kesehatan. Slogan tersebut mengandung pesan tersirat berupa pesan untuk memotivasi pembaca agar menjauhi narkoba. Hal ini disebabkan narkoba dapat mengancam kesehatan dan membuat hidup seseorang menjadi sengsara. Oleh sebab itu, jawaban yang tepat adalah C.
Persiapkandiri dengan ilmu agama, dan bawakan ilmu tersebut dalam perkahwinan anda sebagai ketua keluarga. Jadikan rumah anda sebagai Rumahku Syurgaku. Sentiasa membuat Ta'lim di dalam rumah dengan berkongsi hadith, kisah-kisah pada zaman Nabi, sunnah Rasulullah SAW dan seumpama dengannya. Sentiasa menjadi imam untuk melaksanakan solat Jemaah.
PengertianMakna Tersirat dan Tersurat Beserta Perbedaannya - Anto Tunggal. Pengertian Tersirat & Tersurat, Makna Serta Contoh Kalimatnya Adalah? 7 Arti Kode Cewek Ini Bikin Cowok Pusing, Penuh Makna Tersirat - Hot Liputan6.com. Makna tersirat yang disampaikan dari teks 'rayuhan maut' Jelaskan yang dimaksud makna tersirat dalam teks a…
Dalambahasa mudah difahami, "kita bukan kaunter pertanyaan tapi kita rakan perkongsian". Membawa maksud sambil kita bertanya sambil itu jugalah kita berkongsi. 3. Lambang 3 Tubuh Manusia : Bermaksud 3 komuniti gabungan yang bergabung atas inisiatif pemilik-pemilik channel zello itu sendiri. Channel tersebut adalah seperti berikut :-a.PengertianPuisi dan Beberapa Hal yang Tersirat Didalamnya, Maksud dan Tujuan Puisi, Serta Pendapat Para Pengarang Terkenal. sedang jatuh cinta dan lain sebagainya orang yang kaya dengan imajinasi tentu puisi adalah alatnya. Dalam puisi terkadang mengandung beberapa unsur ekstrinsik berikut aspek pendidikan, aspek sosial budaya, aspek Dalampendekatan semiotik Pierce terdapat tiga komponen yaitu : Tanda (Sign), Obyek (object), dan Interpertan (Interpretan).Sebagai interpretan peneliti menganalisa gambar iklan Dunlop " Driving To The Future" di media cetak yang dijadikan korpus (sampel terbatas) dengan menggunakan hubungan antara tanda dengan acuan tanda dalam model semiotik Pierce yang membagi tanda atas tiga bagian
.